My Add

Friday 12 July 2013

Gempa bumi lemah landa Sumatera Utara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Satu gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara di Indonesia pada 3.16 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di 35 kilometer (km) barat laut dari Padang Sidempuan, Indonesia dan 284 km barat daya dari Klang, Selangor.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.


Di SHAH ALAM, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima dua aduan gegaran di negeri itu.

Beliau berkata, bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia Selangor menerima aduan kira-kira 3.30 petang tadi, memaklumkan berlaku gegaran di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di sini dan bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Petaling Jaya.

"Bagaimanapun tiada sebarang kerosakan dikesan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Editor Bernama TV, D Arul Rajoo berkata, gegaran itu turut dirasainya ketika berada di tingkat tiga bangunan Wisma Bernama di sini kira-kira 3.20 petang.
"Saya rasa gegaran itu berlaku kira-kira lima saat dan ia berlaku dengan pantas dan rakan yang berada berdekatan saya turut merasai gegaran itu," katanya.

Sementara itu wartawan penyiaran Bernama TV Johari Abdul Rahman turut merasai gegaran itu.

"Ketika itu, saya sedang bekerja...saya nampak kerusi di sebelah bergoyang serta air dalam botol di atas meja saya berkocak," katanya.

Seorang lagi wartawan penyiaran saluran berita itu, Mazizul Dani berkata, lapan petugas turut merasai gegaran itu.

"Kami rasa terkejut melihat barang-barang di atas meja bergegar dan terus saling berpandangan. Gegaran itu hanya berlaku sekali," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment