My Add

Friday 26 July 2013

Geran RM3 juta untuk ICON3

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Sejumlah RM3 juta geran akan diberikan di bawah Program Pembangunan Kandungan Bersepadu Ketiga (ICON 3) yang dilancarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDec), Datuk Badlisham Ghazali berkata, ICON 3 kali ini lebih ditumpukan kepada golongan usahawan, badan kerajaan dan syarikat-syarikat.

"Ini berbeza dengan dua program terdahulu yang lebih menekankan pengguna individu.

"Dari segi perolehan, kami tidak meletakkan sebarang sasaran khusus kerana ia bergantung kepada projek-projek yang dijalankan oleh pembangun kandungan.

"Namun kami yakin, ia mampu mengatasi perolehan yang diraih oleh ICON 2," katanya semasa sidang akhbar selepas pelancaran ICON 3 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Di bawah program ICON 2, sebanyak 109 aplikasi di Apple Store yang mana 48 daripadanya adalah berbayar berjaya dibangunkan, 39 aplikasi di Android Market (22 aplikasi berbayar), 37 aplikasi di Blackberry 10 Apps Store, 119 aplikasi bagi Window Phone 7 Store dan banyak lagi aplikasi telah dibangunkan.

Sejumlah RM600,000 perolehan telah dijana dengan 220,000 muat turun dilakukan sejak pelancarannya di Apple AppStore.

Menurut Badlisham, ICON 3 pula akan mengukuhkan lagi pembuat kandungan untuk meningkatkan rantaian nilai dengan memfokus kepada aplikasi-aplikasi perusahaan sekali gus mempercepatkan pertumbuhan industri aplikasi mobil di Malaysia.

ICON 3 akan menyediakan latihan industri bagi memupuk graduan ICON dengan tumpuan diberikan kepada kemahiran terkini termasuk pengurusan 'back-end server' dan pengkomputeran awan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment