My Add

Tuesday 9 July 2013

Habhajan dilantik Pengarang Kumpulan Malaysian Reserve

 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: The Malaysian Reserve melantik Habhajan Singh sebagai pengarang kumpulannya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.

Habhajan, yang sebelum ini adalah editor eksekutif akhbar itu, memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan dengan Berita Harian dan anggota kumpulan perintis akhbar Harian Metro.

Selepas itu, beliau menyertai Business Times dan Malaysian Business.

Habhajan berkelulusan dalam bidang International Journalism M.A. dari City University, London, dan seorang Felo Akhbar di Wolfson College, Cambridge.

Beliau juga pernah mengikuti program lepasan ijazah dalam bidang kewangan dan perbankan Islam di Institut Perbankan dan Kewangan Islam IIUM (IIiBF), sebuah institut di bawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

"Beliau akan bertanggungjawab bagi keseluruhan strategi jabatan pengarang dan untuk mengenal pasti peluang pembangunan dan pemasaran," kata ketua pegawai eksekutif The Malaysian Reserve Syed Mohamed Fazilla Syed Hussain dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, A Halim A Wahab, pengarang kumpulan dan ketua pegawai operasi sebelum ini, dilantik sebagai penasihat kepada akhbar harian perniagan/kewangan ini, manakala S. Sivanantham dilantik sebagai ketua pegawai operasinya, juga berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.
 
The Malaysian Reserve, yang mula menemui pembaca pada 28 Mei 2007, diterbitkan Syed Hussain Publications Sdn Bhd, yang menjalin kerjasama pemasaran strategik dengan Redberry Group, pemilik The Malay Mail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment