My Add

Tuesday 9 July 2013

Ketua pembangkang Selangor ulangi tolak jawatan pengerusi PAC negeri

SHAH ALAM, ISNIN, 08 Julai, 2013: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias mengulangi pendiriannya menolak pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) yang diusulkan kerajaan negeri.

Mohd Shamsudin (BN-Sungai Burong) menolak usul itu yang dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Pelabuhan Klang) pada 1 Julai dan diluluskan majoriti anggota Dewan.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri yang mencadangkan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira. Namun, saya menolak usul ini dan tidak mahu menerima jawatan berkenaan.

"Saya cadangkan kerajaan negeri melantik anggota Dewan yang lain dan saya hanya mahu menjadi anggota jawatankuasa sahaja," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Sejurus selepas itu, Abdul Khalid mengusulkan Ahlu Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim daripada DAP untuk mengisi jawatan berkenaan yang dipersetujui sebulat suara oleh anggota Dewan dan diumum secara rasmi oleh Speaker DUN Hannah Yeoh.

Sebelum ini, Mohd Shamsudin menolak usul kerajaan negeri kerana mendakwa pelantikan itu tidak ikhlas dan bermotifkan politik.

Beliau berkata pelantikan itu bersyarat kerana Pakatan Rakyat mahu wakil mereka dilantik Pengerusi PAC di peringkat Parlimen.
Bagaimanapun, Yeoh menafikan dakwaan itu dan meminta Mohd Shamsudin mempertimbang semula keputusannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment