My Add

Friday 12 July 2013

Hanya 35,973 wanita periksa payu dara

Oleh ALI MAHMOOD

JERANTUT, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Hanya 35,973 pekerja wanita berusia 40 tahun ke atas yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menjalani pemeriksaan payu dara secara percuma sehingga 30 Jun lepas.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pekerja wanita berkenaan terdiri daripada 143,704 pekerja yang sudah mendapat baucar bagi menjalani pemeriksaan kesihatan percuma tersebut.

"Bagi yang belum menerima baucar, boleh menghubungi atau datang ke pejabat Perkeso berhampiran kawasan masing-masing bagi mendapatkannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Advokasi Peringkat Daerah Temerloh di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso Pahang, Mohd. Shahar Ismail; Pengurus Besar merangkap Ketua Pusat PPPTR Jerantut, Abd. Aziz Mat Pilus dan Pengurus Perkeso Temerloh, Mohd. Haron Othman. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment