My Add

Thursday 18 July 2013

IPO Sona Petroleum terlebih langgan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Tawaran awam permulaan (IPO) syarikat khas pengambilan alih (SPAC), Sona Petroleum Bhd. yang menawarkan 141 juta saham terbitan awam kepada rakyat tempatan telah terlebih langgan sebanyak 5.97 kali.

Menurut Malaysian Issuing House Sdn. Bhd. (MIH) dalam kenyataannya, sejumlah 24,035 permohonan telah diterima untuk 842 juta saham dengan nilainya RM421 juta.

Daripada keseluruhan saham terbitan awam itu, 70.5 juta yang diperuntukkan kepada kategori Bumiputera mencatatkan 3.45 kali terlebih langgan manakala selebihnya 70.5 juta yang dibuka kepada awam mencatatkan langganan 8.50 kali.

Sebanyak 8,147 permohonan untuk 243 juta saham direkodkan oleh kategori Bumiputera dan 15,888 permohonan untuk 598 juta saham direkodkan oleh kategori awam.

IPO Sona Petroleum secara keseluruhannya membabitkan 1.1 bilion saham baharu biasa yang mana 141 juta merupakan saham terbitan awam tempatan, 176 juta saham kepada institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan olek Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan 782 juta saham yang dibuka kepada pelabur terpilih dan institusi tempatan dan asing.

Sementara itu, ejen penerima tempahan yang dilantik telah mengesahkan baki 959 juta saham daripada 1.1 bilion IPO Sona Petroleum beserta waran telah diagihkan kepada kepada pelabur terpilih bernilai RM479 juta.

Kesemua notis penempatan bagi saham terbitan awam beserta waran akan diberitahu kepada pemohon yang berjaya sebelum 29 Julai 2013. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment