My Add

Friday 12 July 2013

Iran ada tapak nuklear rahsia - MEK

PARIS, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Kumpulan penentang kerajaan Iran mendakwa mereka mempunyai bukti terdapatnya sebuah tapak nuklear rahsia beroperasi di sebuah kawasan pergunungan dekat pekan Damavand, kira-kira 70 kilometer di timur laut Teheran.

Menurut laporan kumpulan militan Mujahidin Rakyat Iran (MEK) yang berpangkalan di Paris, tapak tersebut wujud sejak 2006 dengan pembinaan terowong bawah tanah pertama dan empat depot yang disiapkan, baru-baru ini.

Menurut laporan kumpulan MEK yang diusir oleh Teheran, bekas perunding program nuklear, Hassan Rohani yang baru-baru ini dipilih sebagai Presiden baharu Iran, turut memainkan peranan penting dalam program nuklear itu.

MEK ditubuhkan sejak 1960-an bagi menentang pemerintahan Shah dan dianggap oleh Amerika Syarikat (AS) sebagai pertubuhan pengganas sehingga tahun lalu.

Namun, kumpulan militan tersebut sudi bekerjasama untuk menyalurkan maklumat tentang program nuklear Iran kepada Washington.

Satu kenyataan sokongan yang dikeluarkan oleh kumpulan sayap MEK, Majlis Keselamatan Penentangan Iran (NCRI) menyebut, organisasi MEK mempunyai bukti kukuh tentang tapak nuklear rahsia yang beroperasi itu berdasarkan 50 maklumat yang dikumpul sejak tahun lalu.

"Kod nama bagi projek tersebut adalah Ma'adane-e Charq (lombong di timur) atau Projek Kossar dan tapak nuklear berkenaan tersembunyi di kawasan pergunungan dekat Damavand," jelas laporan terbabit.

Selain itu, laporan MEK mendakwa, pegawai kanan Pengawal Tentera Revolusi Iran, Mohsen Fakhrizadeh merupakan pengarah pengurusan sebuah syarikat yang memantau projek nuklear tersebut termasuk program biologi dan kimia.

"Fasa seterusnya projek itu melibatkan pembinaan kira-kira 30 terowong dan 30 depot.

"Pendedahan ini yang pernah dibuat pada era pemerintahan Mullah menunjukkan kerajaan Iran tidak akan berhenti atau menggantung pembangunan senjata nuklear," jelas laporan itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment