My Add

Saturday 13 July 2013

IRCC rai 40 anak-anak yatim

 * ANTARA anak yatim yang hadir menerima sumbangan daripada Intekma Resort sempena bulan Ramadan di Shah Alam, Selangor, semalam.
SHAH ALAM, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Seramai 40 anak yatim Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Klang dekat sini, diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Intekma Resort & Convention Centre (IRCC), di sini semalam.

Pengurus Besar IRCC, Hazrul Anuar Abdul Hamid berkata, majlis itu bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yatim yang merupakan golongan istimewa serta memerlukan turut merasai kemeriahan Ramadan.

"Selain berbuka puasa bersama anak-anak yatim ini, pihak hotel juga melancarkan tabung kutipan derma kilat sepanjang majlis berlangsung dan berjaya mengumpul wang tunai RM576.25 untuk disumbangkan kepada mereka," katanya kepada pemberita dalam program itu.

Hazrul Anuar berkata, Ramadan menjadi lebih bermakna kerana umat Islam di negara ini dilimpahkan lebih banyak rezeki sekali gus perlu mensyukurinya dengan berkongsi bersama golongan memerlukan.

"Dalam majlis ini, kita turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM31,000 untuk meringankan beban keluarga kakitangan IRCC, Allahyarham Wan Aziyan Wan Yusuf yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru baru-baru ini," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment