My Add

Friday 5 July 2013

Jadikan krisis politik Mesir sebagai iktibar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Krisis politik Mesir yang menyaksikan Presiden Mohammed Morsi digulingkan oleh tentera seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada rakyat supaya tragedi sama tidak berlaku di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penggulingan itu bertitik tolak daripada sentimen kebencian dan perpecahan yang dimainkan kumpulan tertentu selain usaha menginginkan perubahan terhadap kepimpinan negara.

Menurutnya, usaha ke arah perubahan dan penggulingan itu hanya mengakibatkan ekonomi merudum dan rakyat terbunuh.

"Saya bersyukur disebabkan kebijaksanaan kepimpinan negara dan kewarasan masyarakat pelbagai kaum, kita tidak berdepan dengan keadaan seperti mereka," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment