My Add

Monday 8 July 2013

Jangan main api perlekeh perpaduan Melayu - Omardin


 * OMARDIN Mauju (duduk) bergambar dengan beberapa orang penerima Watikah Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia 2013 Peringkat Negeri Kedah dan Pulau Pinang di Hotel Aman Pura Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI, AHAD, 07 Julai, 2013: Presiden Pendekar Malaysia, Tan Sri Omardin Mauju memberi amaran kepada pihak tertentu supaya jangan bermain api dengan memperlekehkan usaha perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Tegas beliau, ini kerana perbuatan menghalang perpaduan Melayu termasuk melalui kerjasama UMNO dan Pas, boleh memberi kesan buruk kepada keharmonian kaum.

"Setakat ini pelbagai ingatan dan nasihat telah diberikan kepada golongan itu malangnya sebahagian daripada mereka enggan menerima teguran.

"Sesiapa sahaja jangan cuba bermain api dan berpolitiklah secara matang," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Watikah Pertubuhan Al-Ehsan Islamiah Malaysia 2013 Peringkat Kedah dan Pulau Pinang, kelmarin.

Hampir 300 orang hadir termasuk Presiden Pertubuhan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Mohamad Ridhwan Sulaiman yang menyaksikan penyerahan watikah kepada 70 penerima.

Omardin berkata, jika UMNO dan Pas mahu bersatu padu, pihaknya bersedia menjadi orang tengah untuk berunding bagi menyelesaikan sebarang rasa tidak puas hati yang timbul.

"Perbalahan dan tidak sekata orang Melayu dalam beberapa hal jika berlarutan boleh membawa kesan buruk untuk peringkat jangka panjang, malangnya sesetengah orang Melayu tidak begitu ambil berat hal tersebut," katanya.

Sementara itu, katanya, perhimpunan 100,000 umat Islam dari seluruh negara termasuk ahli daripada lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan akan diadakan di Bukit Jalil pada Oktober depan.

Menurutnya, satu amanat penting bertujuan mengukuhkan penyatuan orang Melayu akan disampaikan dalam perhimpunan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment