My Add

Sunday 21 July 2013

'Jangan percaya pengganas Sulu masuki Sabah'

 * DR. AHMAD Zahid Hamidi (dua dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kanan) menyampaikan sumbangan dalam program Ihya Ramadan di Bagan Datoh, Perak semalam.
BAGAN DATOH, SABTU, 20 Julai , 2013: Orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin kononnya kumpulan pengganas Sulu akan masuk semula ke Sabah untuk membalas dendam kerana perkara tersebut adalah tidak benar.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya pengganas Sulu mahu datang ke Sabah, mereka pasti sudah masuk tanpa perlu menghebohkan perkara tersebut.

Beliau juga memberi jaminan, pasukan tentera dan polis yang bertugas di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Jika benar mereka hendak masuk dalam Julai atau Ogos, polis dan tentera sudah lama tunggu dan bersiap-sedia. Tidak payah mereka hendak beritahu kami. Jangan main-main dengan polis dan tentera Malaysia," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh selepas merasmikan program Ihya Ramadan, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment