Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
![]() |
* MOHD. Damanhuri Mohd. Fuat tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat ke atas anaknya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam. |
Suspek, Sherol Aizan Mohd. Damanhuri, 27, ditemui dalam keadaan tersepit di dada dengan kedua-dua belah tangannya tegak menjulur ke dalam, sebaik sahaja pemilik rumah itu pulang pukul 12.15 tengah malam.
Ketika ditemui, suspek hanya memakai seluar dalam jenis 'boxer'. Mangsa dipercayai masuk dengan membuka dua keping tingkap di bahagian sinki dapur rumah jenis teres setingkat itu yang hanya selang beberapa buah rumah daripada kediaman keluarganya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 58 tahun yang terkejut menemukan mangsa di dapur rumahnya.
Katanya, pihaknya yang bergegas ke tempat kejadian lima minit selepas itu mengeluarkan suspek yang tersepit namun lelaki tersebut dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian.
"Suspek kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Hasil bedah siasat dan autopsi mengesahkan suspek meninggal dunia disebabkan oleh postural asphyxia iaitu sesak nafas akibat tersepit.
"Siasatan awal polis juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Polis menjumpai baju, seluar dan kasut suspek di dalam sinki rumah berkenaan," katanya ketika ditemui di luar bilik mayat HRPB di sini hari ini.
Dalam pada itu, Chang Keong menafikan dakwaan keluarga suspek bahawa anak sulung mereka itu telah dipukul serta dicekik di leher selain diikat di kedua-dua belah pergelangan tangan ekoran terdapat kesan hitam dan lebam di anggota badan berkenaan.
Beliau turut menafikan terdapat unsur jenayah bercirikan perkauman dalam kes tersebut dan mengesahkan kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Sekiranya pihak keluarga tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat, mereka boleh melakukannya sekali lagi. Malah, boleh membuat laporan polis sekiranya terdapat unsur jenayah dan kita akan menyiasatnya," katanya.
Sementara itu, suasana di luar bilik mayat kecoh selepas bapa mangsa, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, bertegas tidak akan mengebumikan jenazah anaknya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hasil bedah siasat tersebut.
Mohd. Damanhuri yang enggan menandatangani keputusan bedah siasat itu sebaliknya bercadang melantik peguam kerana percaya anaknya tidak mempunyai masalah pernafasan termasuk asma.
"Terdapat jiran yang mendakwa mereka mendengar orang merayu meminta tolong sewaktu kejadian. Saya mengakui anak saya melakukan kesilapan dengan menceroboh masuk ke rumah orang lain tetapi dia tidak seharusnya diperlakukan sebegitu, dipukul sehingga mati.
"Anak saya menyewa bersama rakan-rakan di Buntong dan bekerja sendiri bersama saya. Pada petang Selasa lalu, memang dia ada beritahu yang dia memerlukan wang," katanya yang turut memikirkan untuk melakukan bedah siasat di hospital swasta.
Ibu mangsa, Zaiton Hassan, 50, pula mendakwa, pada awalnya, dia menyangka orang yang ditemui mati di rumah jirannya itu ialah seorang lelaki warganegara asing seperti Nepal atau Bangladesh.
Namun katanya, setelah dipanggil polis, dia dapat merasakan mayat yang terlentang di luar laman dapur rumah itu adalah anaknya berdasarkan bentuk tubuhnya biarpun tidak dapat menghampiri lokasi kejadian selain keadaan sekeliling yang gelap. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment