My Add

Tuesday 9 July 2013

Kadar jangka pendek mata wang ditutup stabil

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: Kadar jangka pendek ditutup stabil hari ini dengan campur tangan Bank Negara Malaysia untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam operasi konvensional merosot kepada RM20.42 bilion daripada RM26.67 bilion yang dianggar terdahulu, sementara dalam sistem perbankan, ia merosot kepada RM2.26 bilion daripada RM5.75 bilion pada Jumat.

Terdahulu, bank pusat telah memanggil lima tender konvensional, empat tender Al-Wadiah, satu tender repo dan satu tender komoditi murabahah.

BNM telah menerbitkan tender lewat konvensional dengan nilai RM20.4 bilion dan RM2.2 bilion tender Al-Wadiah, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Kadar semalaman kekal pada 2.92 peratus, sementara kadar satu, dua dan tiga, masing-masing kekal pada 2.98 peratus, 3.02 peratus dan 3.04 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment