My Add

Tuesday 9 July 2013

Kerajaan komited sedia rumah berkualiti - PM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: Kerajaan benar-benar komited bagi menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki untuk rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberi keutamaan untuk menyediakan rumah mampu milik itu," kata Najib dalam entri terbaharu dalam Facebook hari ini.

Atas semangat itu, beliau berkata, kerajaan berhasrat untuk membina 100,000 rumah di seluruh negara di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai sebahagian daripada komitmennya bagi menyediakan rumah berkualiti dan murah untuk semua rakyat.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata 100,000 rumah akan dibina di bawah PPA1M di seluruh negara.

Selain Putrajaya, kerajaan mengenal pasti lokasi strategik di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar termasuk di Sabah dan Sarawak, bagi membolehkan skim itu diperluaskan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment