My Add

Wednesday 24 July 2013

Kaedah celup lebih pantas

BESUT, RABU, 24 Julai, 2013: Proses pengundian ternyata lebih cepat melalui pengenalan kaedah kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini turut membantu kelancaran proses berkenaan sebagaimana yang diperlihatkan.

"Proses pengundian lebih cepat kerana sebuah buku yang mengandungi 50 kertas undi boleh dihabiskan dalam masa 40 minit, iaitu kurang dari seminit untuk seorang pengundi," katanya.

Beiau menyatakan demikian. kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Peroi di sini pagi ini.

Menurut Wan Ahmad, kelancaran proses mencelup itu juga disebabkan kecekapan petugas SPR yang kini lebih berhati-hati dalam mengendalikan dakwat berkenaan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment