My Add

Wednesday 24 July 2013

SPR cabar Rafizi sebut di luar Dewan

KUALA BESUT, RABU, 24 Julai, 2013: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mencabar Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengulangi kenyataannya yang mengaitkan mereka dengan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu di luar Parlimen.

Abdul Aziz memberi Rafizi tempoh seminggu untuk mengulangi semula kenyataan itu di luar Dewan dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dengan peguam mereka selepas itu.

Beliau berkata, Rafizi tidak boleh menggunakan imuniti sebagai Ahli Parlimen untuk membuat tuduhan melulu sedangkan mereka tidak berpeluang menjawab tohmahan yang dibuat.

"Amat menyedihkan kerana nama kami disebut dan kami tak dapat jawab. Speaker sudah minta ulang sebut kenyataan di luar Dewan tetapi beliau tak sebut nama saya, nama Datuk Wan dan jawatan kami di luar sebaliknya hanya sebut kepimpinan SPR," katanya dalam sidang akhbar di Dewan Majlis Daerah Besut di sini hari ini.

Bagaimanapun tuduhan Rafizi itu telah pun mereka berdua nafikan sejurus kenyataan itu tersebar, katanya.

Rafizi ketika perbahasan pada 16 Julai itu antara lain menyebut Abdul Aziz dan Wan Ahmad sebagai individu yang mempunyai hubungan rapat atau mengenali dengan rapat kontraktor yang mendapat kontrak bagi membekalkan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lepas. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment