My Add

Friday 26 July 2013

Kapal pencari suaka politik tenggelam,13 maut

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Sebanyak 13 orang meninggal dunia selepas sebuah kapal yang membawa 200 rakyat asing yang mencari suaka politik menuju Pulau Christmas, Australia karam di luar pantai, Cianjur, Jawa Barat, kelmarin.

Kapal ikan itu karam setelah pecah dipukul ombak besar di perairan berkenaan.

Penumpang kapal itu juga dilaporkan terdampar di tengah lautan selama berpuluh jam sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat Indonesia.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada enam orang dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan berusia antara satu dan lima tahun.

Pendatang haram yang menumpang kapal berkenaan berasal dari Sri Lanka, Bangladesh, Iran, Iraq dan Bahrain.

"Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dan sehingga petang semalam (Rabu) sebanyak 189 orang berjaya diselamatkan.

"Kami menganggarkan terdapat antara 200 dan 204 orang di atas kapal itu," kata Ketua Polis Daerah Jawa Barat, Suhardi Alius.

Menurut laporan polis, kapal berkenaan tenggelam kerana membawa muatan berlebihan kerana kapal itu hanya boleh membawa 150 penumpang sahaja.

Australia pada minggu lalu memberi amaran, semua pencari suaka politik yang memasuki negara itu menggunakan bot akan ditempatkan di Pulau Manus di Papua New Guinea.

Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd berkata, mana-mana pencari suaka yang memasuki negara ini menggunakan bot tidak akan mempunyai peluang untuk menetap di Australia. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment