My Add

Monday 29 July 2013

Kedaulatan, keselamatan Sabah terus dipertahan

KUDAT, AHAD, 28 Julai, 2013: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri hari ini menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan akan memastikan kedaulatan dan keselamatan Sabah akan terus dipertahan tanpa kompromi.

Beliau berkata, meskipun insiden pencerobohan Lahad Datu dapat dibanteras, pasukan Angkatan Tentera Malaysia serta agensi keselamatan lain sentiasa peka dan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Abdul Rahim turut menggesa rakyat Sabah agar sentiasa bekerjasama dengan anggota keselamatan dan pertahanan negara dalam menyalurkan maklumat selain tidak memberi ruang kepada musuh.

"Ini adalah untuk memastikan penceroboh tidak masuk dengan sewenang-wenangnya dan merosakkan ketenteraman negara.

"Konsep pertahanan Hanruh (pertahanan menyeluruh) yang diamal iaitu menggembleng semua agensi pertahanan dan keselamatan, tidak terkecuali orang awam, adalah menjadi pegangan asas pertahanan dan merupakan benteng pertahanan negara," katanya sempena majlis Rahmat Ramadan di pekarangan Masjid Landung Ayang di sini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment