My Add

Friday 26 July 2013

Kejayaan PRK DUN Kuala Besut boleh dijadikan contoh - SPR

BESUT, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara keseluruhannya berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung dengan penuh lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, banyak faktor yang menyumbang ke arah kejayaan pelaksanaan PRK berkenaan yang sebelum ini menjadi perhatian ramai pihak.

"Boleh saya sifatkan proses pembuangan undi sejak pagi lagi berjalan dengan begitu sempurna. Kertas undi yang rosak juga begitu sedikit kali ini.

"Kami (SPR) juga tidak menerima komplen daripada mana-mana pihak berhubung masalah sepanjang hari pengundian termasuk isu dakwat kekal, kertas undi rosak dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Jelas Abdul Aziz, secara umumnya, PRK DUN Kuala Besut boleh dijadikan contoh atau penanda aras yang terbaik dalam menghadapi pilihan raya yang berikutnya.

"Ada banyak faktor tertentu yang boleh dijadikan contoh seperti penggunaan dakwat kekal, kerosakan kertas undi yang kecil serta penggunaan kerusi roda untuk para pengundi yang kurang upaya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment