My Add

Friday 26 July 2013

BN masih relevan kepada anak muda

BESUT, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) menganggap kejayaan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sebagai bukti BN masih relevan.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah PRK BN berkata, kejayaan itu juga menandakan BN masih di hati kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu, apatah lagi dengan majoriti yang bertambah berbanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Malah sokongan kalangan muda juga meningkat kali ini. Ini bukti beliau ore mudo (orang muda) yang profesional dan anak ustaz yang dapat diterima oleh semua," ujarnya.

Katanya, rakyat tentunya mengharapkan beliau berperanan dengan lebih berkesan dengan sokongan Kerajaan Pusat dan negeri untuk membangunkan kawasan dan terus membuka peluang mereka memajukan kehidupan.

"Walaupun calon Pas (Endot@Azlan Yusof) agak kuat, tapi calon yang dikatakan orang muda ini (Tengku Zaihan) adalah pilihan pada masa kini dan ternyata pemilihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan adalah tepat," ujar beliau.

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan BN di sini semalam, beliau berkata, BN dapat memenangi hati rakyat dengan pendekatan kempen yang berhemah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment