My Add

Friday 26 July 2013

Kekurangan diesel cetuskan kebimbangan di Sabah: Rahim

KOTA KINABALU, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini meminta pihak berkuasa berkaitan melihat dengan serius masalah kekurangan diesel di negeri ini yang menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dalam kalangan rakyat.

Bercakap sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata beliau menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mahu mengetahui punca sebenar kekurangan diesel.

"Saya menggesa pihak berkuasa berkaitan memberi penjelasan kepada pengguna tentang situasi sebenar, mengapa terdapat kekurangan diesel?," tanya Abdul Rahim, yang juga ADUN Pantai Manis kepada Bernama.

Abdul Rahim berkata, pengguna di negeri ini marah dengan kekurangan diesel di stesen minyak di beberapa daerah di negeri ini.

Terdapat beberapa stesen minyak yang meletakkan papan tanda "kuota habis" atau "pam sedang diperbaiki" di premis masing-masing. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment