My Add

Saturday 6 July 2013

Kenyataan Idris Jusoh soal keselamatan pelajar kita di Mesir

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Julai, 2013: Situasi politik semasa negara Mesir tidak stabil tetapi masih terkawal. Pelajar tidak digalakkan bergerak ke luar wilayah untuk aktiviti melancong dan sebagainya. Pelajar juga dinasihatkan untuk berada di premis kediaman masing-masing dan mengikuti hebahan media massa, Education Malaysia Egypt (EME) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dari masa ke semasa sepertimana yang telah ditegaskan sebelum ini.

Majoriti pelajar Malaysia di Mesir telah selesai menghadapi musim peperiksaan dan sedang bercuti panjang (dua bulan) sehingga September tahun ini. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menasihatkan agar pelajar Malaysia yang tidak terlibat dengan sebarang program akademik seperti latihan praktikal, summer course dan seumpamanya untuk balik bercuti di Malaysia, menyambut kedatangan bulan Ramadan dan berhari raya bersama keluarga di kampung halaman.

Langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan membuka bilik-bilik gerakan KBMK, EME di Dewan Malaysia Abbasiah (DMAK), Rumah MARA Iskandariah dan rumah-rumah negeri yang beroperasi 24 jam untuk memantau dan menjaga keselamatan pelajar Malaysia di Mesir.

Operasi pemantauan turut digerakkan di terminal 1 dan terminal 3 lapangan terbang Kaherah. Pihak ibu bapa dan pelajar boleh menghubungi bilik gerakan di KBMK yang masih beroperasi 24 jam melalui talian telefon: +202-37610270/ +202-37610013/ +20237610068 (sambungan 141 di luar waktu pejabat, sambungan 101 pada waktu pejabat). Pelajar Malaysia juga boleh melayari laman facebook educationmalaysiaegypt untuk membuat pendaftaran dan laporan serta mengikuti perkembangan semasa.

SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT: Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment