My Add

Sunday 21 July 2013

Kerajaan di peringkat kajian haramkan shisha

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Kementerian Kesihatan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji tahap kemudaratan shisha sebelum membuat keputusan berhubung pengharaman bahan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Subramaniam berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan minggu lalu itu dianggotai pakar perubatan paru-paru dan pernafasan.

Katanya, keputusan berhubung perkara itu akan dibuat sebaik sahaja pihaknya menerima laporan lengkap daripada jawatankuasa terbabit dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.

"Fatwa dari segi agama telah dikeluarkan, namun kita masih menunggu keputusan daripada pakar-pakar terpilih bagi menyiasat sejauh mana kemudaratan shisha.

"Saya telah meminta mereka mengumpul maklumat yang ada di seluruh dunia dan pengalaman di tempat lain supaya kita boleh buat keputusan yang baik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pameran dan Pertandingan Sains Kebangsaan Kanak-Kanak 2013 di Institut German-Malaysia (GMI) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment