My Add

Sunday 21 July 2013

Penganjur Miss Malaysia World batal penyertaan 4 gadis Islam
 * PARA peserta akhir Miss Malaysia World 2013 termasuk empat peserta beragama Islam yang diperkenalkan oleh penganjur dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru. Bagaimanapun penyertaan empat gadis Islam berkenaan digugurkan hari ini.
KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Penganjur Pertandingan Miss Malaysia World 2013 membatalkan penyertaan empat gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.

Penganjur, Datuk Anna Lim memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan itu kerana akur dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menyatakan haram bagi wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Empat gadis tersebut ialah Kathrina Ridzuan, 23; Miera Sheikh, 19; Wafa Johanna de Korte, 19, dan Sara Amelia Muhamad Bernard, 20. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment