My Add

Monday 15 July 2013

Kes ibu tunggal mati dalam kebakaran diklasifikasikan kes bunuh

SANDAKAN, ISNIN, 5 Julai, 2013: Polis mengklasifikasi kes kematian seorang ibu tunggal dalam kebakaran di rumahnya di Taman Indah Jaya dekat sini pada Jumaat lalu sebagai kes bunuh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali, berkata polis sudah menahan seorang lelaki berusia 23 tahun disyaki terbabit dengan kes kebakaran itu di sebuah bilik hotel di Bandar Ramai Ramai dekat sini pada 1.30 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut menjumpai dua anak mangsa iaitu seorang lelaki dan perempuan berumur tujuh dan enam tahun yang dilaporkan hilang selepas kejadian kebakaran itu, dalam keadaan selamat di sebuah bilik lain di hotel itu.

Dengan penahanan suspek lelaki itu, polis percaya akan dapat mengenal pasti motif kes itu, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Dalam kejadian kebakaran 8 malam itu, mayat Hasnah Astan, 42, penjawat awam di Jabatan Perhutanan di sini ditemui di tepi katil di dalam bilik utama di tingkat atas rumahnya terletak di Blok 130, Lot A1280.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Devi Rashedee Ensoi, berkata tiga anggota Unit Forensik dari sini dan Kota Kinabalu masih melakukan siasatan di lokasi kejadian dengan mengambil beberapa sampel untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Beliau berkata, sampel yang diambil di tempat kejadian akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.
"Apabila keputusan diperolehi, ia akan dihantar kepada polis bagi membantu siasatan yang dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment