My Add

Sunday 28 July 2013

Kes tembak Pengerusi Mywatch motif dendam?

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN, AHAD, 28 Julai, 2013: Polis tidak menolak kemungkinan faktor dendam menjadi motif pengerusi badan pemantau jenayah MyWatch, R. Sri Sanjeevan ditembak ketika memandu sebuah kereta di Taman Cempaka, dekat Bahau petang semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

"Polis sudah mengambil kenyataan rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan kita akan sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, mangsa yang berusia 29 tahun cedera parah akibat ditembak dua lelaki bermotosikal ketika memandu kereta jenis BMW.

Mangsa menaiki kereta itu bersama seorang rakan dan berhenti di satu lampu isyarat berhampiran Taman Cempaka sebelum dua lelaki muncul dan melepaskan tembakan menggunakan pistol menembusi tangan sehingga ke perutnya.

Menurut Osman, mangsa kini dilaporkan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini selepas menerima rawatan di Hospital Jempol dan Hospital Kuala Pilah. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment