My Add

Friday 5 July 2013

Makmal dadah ditemui di Balik Pulau, 1 suspek ditahan

 * TIMBALAN Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan termasuk dadah jenis syabu, pil psikotropik dan peralatan memproses dadah dengan anggaran pasaran dadah bernilai RM251 ribu selepas menahan seorang wanita warganegara Indonesia berusia 21 tahun dalam serbuan di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang, Rabu lalu. - Foto Danial Saad 
BALIK PULAU, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Polis di sini membongkar kewujudan sebuah makmal memproses dadah di sebuah rumah teres yang kegiatannya didalangi seorang wanita Indonesia dan kekasihnya yang juga rakyat tempatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata wanita berumur 21 tahun itu telah ditahan di rumah itu dan dia direman sehingga Rabu depan.

Beliau berkata suspek terbabit merupakan bekas pekerja kilang di Bayan Lepas dengan pasportnya telah tamat tempoh sejak setahun lepas.

Kekasihnya tidak berada di rumah tersebut ketika serbuan dilakukan, namun pihak polis telah mengenal pasti identitinya dan dijangka diberkas tidak lama lagi.

Lai suspek suspek lelaki berusia 34 tahun itu memiliki dua rekod jenayah lampau serta pernah ditahan kerana mengedar dadah.

Beliau berkata kedua-duanya dipercayai menjalankan kegiatan memproses dadah sejak tiga minggu lepas di rumah yang disewa mereka di Taman Kristal Pondok Upeh.

Lai berkata pihak polis yang menyerbu rumah itu Rabu lepas turut menemui 56 gram syabu, pil psikotropik, pelbagai bahan kimia dan peralatan memproses dadah yang dianggarkan bernilai RM276,00.
Beliau berkata pasangan berkenaan memproses syabu dan ekstasi yang dipercayai untuk edaran di Pulau Pinang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment