My Add

Friday 5 July 2013

Najib, Cameron bertemu di Battersea

LONDON, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Kemeriahan paluan kompang dan dram Cina, diserikan dengan bunga manggar, menyambut ketibaan berasingan Perdana Menteri Malaysia dan Britain untuk majlis pecah tanah projek tapak Stesen Jana Kuasa Battersea Power Station di barat daya London semalam.

Kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan David Cameron dilihat dalam mood kasual di tapak projek pembangunan ikonik itu dan selepas satu mesyuarat dua hala di bahagian pavilion Battersea.

Menyentuh tentang pembangunan semula stesen jana kuasa itu, Cameron berkata beliau gembira dengan kehadiran Malaysia, yang memberi manfaat kepada UK memandangkan stesen jana kuasa itu telah terbiar selama 30 tahun.

Menyentuh perkara itu, Najib berkata yang penting dalam hal ini adalah Malaysia dan UK menjadi rakan kongsi untuk kemewahan bersama.

"Jika kita bekerjasama, Timur dan Barat, negara Islam dan bukan Islam, ia akan menjadi contoh yang baik kepada yang lain," tambahnya.

Kedua-dua Perdana Menteri kemudian dijemput ke bumbung galeri untuk diberi taklimat tentang projek itu oleh ketua pegawai eksekutif Battersea Power Station Development Company, Rob Tincknell.

Ini diikuti dengan majlis makan tengah hari dan ucapan oleh Najib sempena majlis pecah tanah ini.
Yang turut hadir adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong, pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar, bekas pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam, serta pengerusi Sime Darby Datuk Abdul Ghani Othman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment