My Add

Sunday 7 July 2013

Mandela beri reaksi positif

PRETORIA, SABTU, 06 Julai, 2013: Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dilaporkan memberi reaksi dan membuka mata apabila namanya dipanggil selepas menjalani rawatan dialisis, semalam.

Memetik laporan CNN, Mandela yang dimasukkan ke hospital hampir sebulan sejak 8 Jun lalu ekoran jangkitan paru-paru masih menggunakan alat bantuan pernafasan dan dilaporkan tidak berada dalam keadaan koma.

Minggu lalu, tahap kesihatan ikon antiaparteid itu dilaporkan semakin merosot dan keluarganya telah mempertimbangkan sama ada mahu menanggalkan alat sokongan pada bekas pemimpin berusia 94 tahun itu sebelum kesihatannya menunjukkan peningkatan.

Masalah paru-parunya yang dihadapi itu mula dikesan ketika beliau berada dalam penjara pada tahun 1990. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment