My Add

Sunday 7 July 2013

Mangsa dera alami kecederaan kekal - Pakar

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA TERENGGANU, SABTU, 06 Julai, 2013: Kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menjadi mangsa dera ibu dan bapa tirinya baru-baru ini kemungkinan akan mengalami kecederaan kekal di bahagian kakinya selain hilang sebahagian jari kakinya.

Perkara itu disahkan oleh seorang pakar pediatrik dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, satu pembedahan kecil telah dilakukan ke atas kaki kanak-kanak malang itu pada 25 Jun lalu dan pihaknya kini sedang memantau perkembangan semasa kanak-kanak terbabit.

"Pemantauan itu kita buat bersama pakar bedah plastik kerana luka di bahagian kaki kanak-kanak itu agak dalam dan besar. Walaupun kita telah gantikan kulit yang mengalami luka itu dengan kulit baharu, kesan daripada penderaan itu pastinya akan kekal dan memakan masa yang agak lama untuk pulih," ujar beliau.

Pada 2 Julai lalu, bapa tirinya dihukum penjara selama 13 tahun manakala ibunya selama 10 tahun setelah mengaku mendera kanak-kanak dan dua adiknya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment