My Add

Sunday 7 July 2013

Pelancong Vietnam mati ditikam di hotel

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Julai, 2013: Seorang pelancong lelaki warga Vietnam mati selepas ditikam berkali-kali oleh seorang pemandu pelancong dalam satu pergaduhan di sebuah hotel di Cheras di sini pagi ini.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu ditemui mati di tingkat satu premis berkenaan pada pukul 5.38 pagi.

Mangsa dan suspek berusia 44 tahun sebelum kejadian dilihat mendaftar masuk bersama-sama di hotel itu pukul 2 petang semalam. Turut ditemui di lokasi kejadian ialah beberapa biji pil viagra.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, siasatan awal percaya mangsa dan suspek dipercayai bergaduh di dalam sebuah bilik di tingkat empat hotel tersebut.

"Mangsa dikatakan tiba-tiba keluar bilik untuk melarikan diri sebelum suspek yang memegang dua bilah pisau mengejar dan menikamnya. Mangsa rebah di tingkat satu.

"Suspek yang hanya memakai seluar dalam kemudian dilihat kembali ke bilik dalam keadaan murung," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment