My Add

Sunday 7 July 2013

Mapen Melaka sasar projek pelaburan lebih RM50 juta

 * IDRIS Haron (tengah) berkata sesuatu kepada Tan Sri Aziz Tapa (duduk) yang dilantik sebagai ahli Mapen sambil diperhatikan tiga bekas Ketua Menteri, (dari kiri) Rahim Tamby Chik, Mohd. Ali Rustam dan Datuk Adib Adam pada pelancaran Majlis Perundingan Ekonomi Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka, semalam. - MINGGUAN/GAIE UCHEL
MELAKA, SABTU, 06 Julai, 2013: Majlis Perundingan Ekonomi Negeri (Mapen) menyasarkan projek pelaburan besar mengatasi nilai RM50 juta bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, Mapen yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, akan berfungsi sebagai jawatankuasa yang memberi pelbagai pandangan dan nasihat kepada kerajaan negeri dalam konteks pembangunan ekonomi.

"Ini termasuklah mengkaji, menganalisis dan mencadangkan projek-projek utama untuk dilaksanakan bagi mencapai visi kerajaan negeri menjelang tahun 2020.

"Antara objektifnya termasuklah mencadangkan projek-projek yang sesuai untuk mencapai indikator visi kerajaan negeri ke arah negeri maju berteknologi hijau.

"Antara lain adalah mencadangkan pelaburan asing dan tempatan dalam semua sektor pembangunan dan mengenal pasti sumber-sumber baharu pertumbuhan ekonomi negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sempena penubuhan Mapen di Yayasan Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Kerajaan negeri telah memutuskan penubuhan Mapen pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 29 Mei lalu.

Selain Mohd. Ali, turut hadir ialah Setiausaha Mapen, Datuk Zaini Md. Nor dan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Tan Sri Rahim Tamby Chik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment