My Add

Thursday 11 July 2013

Media perlu ada batasan - KPN

JOHOR BAHRU, RABU, 10 Julai, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghargai peranan media namun berpendapat kebebasan media perlu ada batasannya demi menjaga kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Beliau berkata, sehubungan itu, laporan media sewajarnya mengambil kira sensitiviti perspektif sosial dan budaya masyarakat yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati dan mampu menjejaskan keselamatan negara.

"Jadi, dalam senario sosio-politik pada masa ini, laporan yang dibuat perlu melihat kepada perkara tersebut," katanya berucap Majlis Ramah Mesra Kelab Media Johor (KMJ) bersama Ketua Polis Negara, di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff, barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan Presiden KMJ, Mohamad Fauzi Ishak.

Program itu yang turut disertai 50 wartawan dan jurugambar media negeri ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim, selain bertukar pandangan, sekali gus menjadi medium menyatakan sokongan kepada PDRM.

Pada masa sama, Khalid berkata, beliau tidak menafikan peranan media yang sentiasa memberikan publisiti kepada PDRM, malah pihaknya sentiasa menghargai sumbangan tersebut.

Tambahnya, biarpun media sentiasa membantu pihak polis dalam laporan pelbagai kes, pada masa sama beliau berharap media faham bukan semua kes perlu dilaporkan secara terperinci kerana boleh menganggu siasatan polis.

Sementara itu, Fauzi dalam ucapannya berkata, media Johor boleh menjadi rakan pencegahan jenayah bersama PDRM dalam usaha membantu pihak berkuasa itu menjalankan program pencegahan jenayah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment