My Add

Monday 29 July 2013

Motif penerbit filem The New Village dipersoal

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Julai, 2013: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mempersoalkan motif penerbitan filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village yang bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 22 Ogos nanti

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, sepatutnya penerbit mengangkat peranan perajurit negara diketengahkan terutama selepas insiden yang berlaku di Lahad Datu, Sabah tempoh hari.

“Ini supaya masyarakat sedar dan berkongsi pengalaman yang dilalui para perajurit. Saya rasa mereka tidak tahu pengorbanan yang dilakukan pasukan pertahanan.

“Para perajurit negara sememangnya sayang kepada agama, bangsa dan negara serta amanah yang diletakkan di bahu mereka. Kita patut hargai setiap inci perjuangan yang dilakukan oleh pasukan pertahanan," katanya selepas Majlis Ihya Ramadan dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) di sini hari ini.

Sebanyak 30 ahli Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) menerima PJM yang merupakan penghargaan oleh kerajaan kepada para pejuang negara atas jasa yang disumbangkan mereka demi keamanan negara.

Yang turut hadir isteri Jailani, Toh Puan Siti Nurbiha Mohd. Bisharuddin, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Abdul Samad dan Presiden KVKM, Datuk Mohd. Ali Shamsudin.

Jailani mengulas filem The New Village yang pada awalnya dicadangkan untuk tayangan mulai 22 Ogos. - UYUSAN 

No comments:

Post a Comment