My Add

Tuesday 16 July 2013

Myanmar bubar pasukan pengawal sempadan

YANGON, SELASA, 16 Julai, 2013: Presiden Myanmar, Thein Sein dilapor membubarkan pasukan pengawal keselamatan sempadan yang didakwa mencabul hak asasi masyarakat Islam Rohingya di negeri barat negara ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman web rasminya bertarikh 14 Julai, Thein Sein berkata, Ibu Pejabat Kawalan Imigrasi Kawasan Sempadan telah dibubarkan sepenuhnya.

Pasukan pengawal keselamatan sempadan yang dikenali sebagai Nasaka merupakan unit gabungan anggota polis, tentera, kastam dan imigrasi.

Anggota Parlimen dari Parti Pembangunan Kerakyatan Rakhine, Zaw Aye Maung berkata, keputusan kerajaan itu dibuat mungkin disebabkan isu rasuah yang menyelubungi pasukan itu, lebih-lebih lagi apabila ketua Nasaka dikenakan hukuman dakwaan rasuah pada hujung tahun lalu. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment