My Add

Tuesday 16 July 2013

Hubungan dagangan Malaysia, China kukuh

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 20113: Hubungan dagangan Malaysia dan China kini ditingkatkan menerusi Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou (QIP) di Guangxi, China.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan kedua-dua projek tersebut berkembang baik dan menggalakkan kerjasama pelaburan yang saling memberi manfaat.

Katanya, kerjasama itu akan meningkatkan hubungan dua hala dengan rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009.

"Pelaburan tersebut berada di landasan yang betul dan hubungan akan terus kukuh dengan projek pelaburan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa majlis menandatangani kontrak kerjasama QIP dan perjanjian pemegang saham MCKIP di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Gabenor Autonomi Wilayah Guangxi Zhuang, Chen Wu dan Pengerusi SP Setia Bhd., Tun Zaki Tun Azmi.

Taman QIP merupakan kawasan strategik memandangkan ia terletak dekat dengan Pelabuhan Bebas Qinzhou yang bertindak sebagai akses paling mudah bagi barat daya China, khususnya Kunming, bandar raya terbesar di wilayah Yunnan.

Taman QIP dibina di atas kawasan seluas 55 kilometer persegi, akan memainkan peranan sebagai pintu masuk kepada produk dan syarikat Malaysia menebusi pasaran domestik China.

Sementara itu, projek MCKIP di Gebeng merupakan inisiatif 'kerajaan dengan kerajaan' yang berada di dalam kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment