My Add

Sunday 7 July 2013

Nelayan dikhuatiri lemas di Kuantan

KUANTAN, SABTU, 06 Julai, 2013: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas turun ke dalam laut untuk mengambil botnya di Kampung Selamat dekat Pelabuhan Kuantan pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Tamarin Daud, 29, dari Taman Balok Makmur dilapor turun ke laut kira-kira 9.50 pagi sambil diperhatian dua rakannya dari tepi pantai.

"Semasa berenang menuju botnya, mangsa dikatakan tiba-tiba lemas dan tenggelam," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad kepada Bernama.

Rakan-rakan kemudian segera meminta bantuan penduduk kampung sebelum melaporkan kejadian terbabit kepada polis.

Abdul Aziz berkata, sehingga kini mangsa belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment