My Add

Thursday 4 July 2013

PDRM sambut baik akta baharu ganti Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik cadangan dan gesaan beberapa pihak yang mahukan undang-undang baharu diwujudkan bagi menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) yang telah dimansuhkan sejak tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, cadangan itu perlu dipandang serius memandangkan beberapa jenayah kekejaman dan tidak berperikemanusiaan kebanyakannya dilakukan oleh bekas tahanan EO yang telah bebas selepas beberapa pihak mendesak akta itu dimansuhkan.

"Kita memang mengalu-alukan jika akta seumpama itu diwujudkan semula dan kami juga sedang menanti keputusan selepas mendapat kelulusan kabinet mengenai akta baru yang akan diganti itu.

"Saya yakin dengan akta baru yang akan menggantikan EO itu akan dapat mengurangkan kadar jenayah kejam yang kebanyakannya dilapor dilakukan oleh bekas tahanan EO," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan kementerian itu sedang merangka undang-undang baharu bagi menggantikan EO dan draf pertama cadangan itu telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment