My Add

Thursday 4 July 2013

Penggunaan e-Plat perlu segera dilaksana - KPN

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik langkah kerajaan untuk segera melaksanakan sistem nombor plat pintar atau e-Plat yang telah dicadangkan sejak beberapa tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pelaksanaan itu selaras usaha bagi mengatasi kejadian curi kenderaan dan jenayah-jenayah lain membabitkan kenderaan curi yang semakin berleluasa.

"PDRM berpendapat sudah tiba masanya kerajaan segera melaksanakan sistem e-Plat ini bagi memudahkan polis membendung kes curi kenderaan yang semakin berleluasa serta pelbagai lagi jenayah yang berlaku melibatkan kenderaan.

"Cadangan telah pun dikemukakan dan setakat ini kami menerima maklum balas yang positif dari pihak kerajaan cuma menunggu masa yang sesuai untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kenderaan Mitsubishi Lancer oleh PLUS Malaysia Berhad kepada polis cawangan trafik PDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment