My Add

Friday 26 July 2013

Pemandu teksi maut kereta dipandu rempuh lori di Chemor

 * KEADAAN sebuah teksi yang remuk selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Jelapang - Chemor berhampiran Taman Hartawan dekat Chemor menyebabkan pemandu teksi berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Ikhwan Munir
IPOH, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Seorang pemandu teksi maut selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan sampah di laluan Chemor menghala ke Jelapang berhampiran Taman Hartawan, Chemor, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa A Santhanam,66, dikatakan memotong kenderaan dihadapan secara mengejut sebelum merempuh kuat lori pasir yang muncul dari arah bertentangan.

Menurut pemandu lori berkenaan, dia tidak sempat untuk mengelak teksi itu yang secara tiba-tiba muncul dihadapannya.

"Saya ketika itu sedang melalui jalan berkenaan secara tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan teksi itu dari arah hadapan," katanya.

Mangsa maut ditempat kejadian, manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan dibahagian kaki kanan. - BH

No comments:

Post a Comment