My Add

Sunday 7 July 2013

Pengkid diburu bakar rumah kekasih

ROMPIN, SABTU, 06 Julai, 2013: Polis memburu seorang 'pengkid' yang dipercayai membakar rumah seorang wanita yang juga kekasihnya di Felda Keratong 10 dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Yahaya berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu dan tidak bekerja dipercayai melakukan perbuatan tersebut kerana berang selepas hubungan cinta mereka tidak direstui keluarga kekasihnya.

"Selain memiliki rekod jenayah, suspek juga dikehendaki polis bersabit kesalahan kes dadah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 pagi apabila mangsa yang berusia 17 sedang tidur dan terjaga kerana terbau asap di biliknya.

Pasukan bomba yang dihubungi dapat mengawal kebakaran dan hanya bilik berkenaan yang terbakar, katanya.

Johari berkata, suspek yang berasal dari Felda Keratong 10 itu sedang dikesan dan beliau meminta orang ramai yang mengetahui tempat suspek bersembunyi agar menghubungi pihak polis. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment