My Add

Wednesday 24 July 2013

Penyamun bersiri diberkas di Kota Bharu

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU, RABU, 24 Julai, 2013: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itu yang berlaku kepada seorang penagih dadah berusia 23 tahun apabila dia ditangkap selepas terlibat dalam empat jenayah samun membabitkan kedai serbaneka 7 Eleven di sekitar bandar ini sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki berkenaan yang sebelum ini mempunyai rekod lampau berkaitan dengan dadah ditangkap selepas menyamun sebuah kedai 7 Eleven di Jalan Padang Tembak, dekat sini awal pagi ini.

Beliau berkata, lelaki tersebut bertindak menyamun kedai serbaneka berkenaan kira-kira pukul 1.45 pagi menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sempat melarikan empat kotak rokok, kad tambah nilai RM30 dan wang tunai sebanyak RM80.85.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira pukul 2.30 pagi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah tersempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

"Kerata berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di hadapan pejabat Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Panji. Menyedari keretanya diekori, lelaki berkenaan memecut laju keretanya menghala ke lampu isyarat Panji dan kemudian berpatah balik menghala ke JPJ.

"Lelaki berkenaan kemudian memasuki simpang ke Tanam Desa Kujid dan menghentikan keretanya secara mengejut serta bertindak membuka pintu untuk melarikan diri. Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan anggota telah terlanggar suspek mengakibatkannya terjatuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment