My Add

Wednesday 24 July 2013

MYCEB teroka segmen hiburan tarik pelancong ke Malaysia

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Julai, 2013: Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) meneroka segmen hiburan Cina untuk menarik lebih banyak pengunjung antarabangsa ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zulkefli Sharif berkata sehubungan itu, konsert kumpulan muzik wanita terkenal dari Taiwan S.H.E - 2gether 4ever World Tour 2013 pada 20 Julai di Stadium Putra di sini, merupakan inisiatif perintis bagi mencapai sasaran tersebut.

"Sokongan itu melanjutkan capaian kami untuk menyasar pengunjung, terutamanya dari Tanah Besar China dan sekitar rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Malaysia semakin diiktiraf sebagai hab destinasi bagi acara utama dan sokongan bagi konsert S.H.E, akan melengkapkan kempen promosi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Tourism Malaysia bagi Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya dalam satu kenyataan.

Inisiatif baharu ini dalam mengembangkan penembusan pasaran MYCEB adalah juga sejajar dengan objektif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa ke Malaysia.

Konsert S.H.E disokong oleh Malaysia Major Events, bahagian MYCEB, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment