My Add

Thursday 25 July 2013

Perkasa suara kebimbangan kepada PM

PUTRAJAYA, RABU, 24 Julai, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meluahkan kebimbangan orang Melayu berhubung isu-isu semasa seperti pendidikan, ekonomi dan agama.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertemuan yang berlangsung selama satu jam itu disertai 10 barisan kepimpinan pertubuhan tersebut dan diadakan dalam suasana yang sangat emosi.

"Perkasa telah sampaikan perkara-perkara yang orang Melayu dan Islam rasa tidak senang hati terutama isu ekonomi, pendidikan, agama dan meritokrasi.

"Dalam isu ekonomi, kita suarakan tentang ketidakberkesanan walaupun banyak dasar yang dibuat oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata, Perkasa amat berpuas hati kerana dapat menyampaikan terus kepada Perdana Menteri tentang kebimbangan orang Melayu yang telah disalurkan kepada pertubuhan itu.

"Pertemuan ini berlangsung dalam suasana panas sejuk kerana kami memberikan pandangan sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu manakala Perdana Menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua negara," katanya.

Antara yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Abd. Rahman Bakar, Naib Presiden, Dr. Zubir Harun dan Setiausaha Agung, Syed Hassan Syed Ali. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment