My Add

Saturday 6 July 2013

Perpustakaan perlu nafas baharu - PM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Perpustakaan perlu diberi nafas baharu untuk terus memperkasa budaya membaca, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam mesej tweetnya hari ini yang dipautkan kepada berita yang dikeluarkan Bernama semalam bertajuk ’Remajakan Perpustakaan Agar Kekal Relevan Kepada Masyarakat’.

Dalam laporan berita memetik Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Ismail Alias itu, perpustakaan di negara ini perlu diremajakan agar kekal relevan di mata masyarakat.

Ini sejajar dengan arus fenomena global yang menuntut transformasi menyeluruh dan berstruktur, kata Ismail.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut menghantar mesej tweet memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus meliberalisasikan sektor perkhidmatan agar terus kompetitif. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment