My Add

Friday 26 July 2013

PM sumbang air zamzam, kurma kepada 7,261 masjid seluruh negara

KEPALA BATAS, JUMAAT, 26 Julai, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyalurkan sumbangan buah kurma dan air Zamzam, sempena Ramadan kepada 7,261 masjid, di seluruh negara.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata sehingga semalam KPIM menyalurkan bantuan di lapan negeri, termasuk 215 masjid di Pulau Pinang.

"Bantuan berupa 10 kilogram kurma dan 20 liter air Zamzam untuk masjid di seluruh negara adalah bagi memeriahkan Ramadan. Selain itu, kain pelikat dan jubah turut diberikan kepada setiap anggota jawatankuasa masjid," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada imam masjid seluruh Pulau Pinang, di sini, malam tadi.

Abdul Azeez berkata, penyampaian sumbangan akan diteruskan ke enam negeri lagi dan yakin pengagihan sumbangan itu, dapat diselesaikan minggu depan.

Terdahulu, Abdul Azeez yang juga AhliParlimen Baling bersama Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reeezal Merican Naina Merican menyertai Majlis Nuzul al-Quran anjuran UMNO Kepala Batas di Masjid Jamiul Badawi, di sini.

Beliau berkata, sumbangan itu membuktikan sikap prihatin Perdana Menteri kepada rakyat terutama umat Islam, ketika Ramadan.

"Walaupun ada negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang, namun kebajikan rakyat negeri itu tidak pernah sama sekali diabaikan kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN), terutama sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini," katanya.

Sementara itu, Reezal Merican yang turut sama menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, berharap bantuan itu dapat membantu golongan berkenaan membuat persedian menyambut Aidilfitri.

Katanya, walaupun bantuan itu tidak besar, namun beliau percaya ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment