My Add

Tuesday 9 July 2013

PNB terima Anugerah Kualiti BID

Oleh Fazrina Ayu Raduian

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Jula, 2013: Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menerima anugerah International Star for Leadership in Quality - Diamond Category, daripada Business Initiative Directions (BID) bersempena International Star for Leadership Quality (ISLQ) Convention Paris 2013.

Anugerah tersebut diadakan di Paris, Perancis pada 1 Julai lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman telah hadir pada majlis tersebut untuk menerima anugerah itu.

PNB dalam kenyataannya berkata, penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap PNB dalam pelaksanaan inisiatif kualiti dalam segenap operasi perniagaan dan perkhidmatan.

"PNB telah dikenal pasti sebagai sebuah badan korporat yang giat melaksanakan program-program berteraskan kualiti.

"Antaranya ialah PNB Group Quality Initiatives yang bermatlamat menggalak pengembangan budaya kreatif dan inovasi dalam kalangan kakitangan mahupun pengurusan Syarikat Kumpulan PNB," kata kenyataan akhbar itu disini hari ini.

Penganugerahan ISLQ adalah berdasarkan penilaian komprehensif terhadap kecemerlangan dari aspek kepimpinan dan pengurusan perniagaan, inisiatif kualiti, prestij perniagaan dan jenama, serta kecemerlangan teknologi, inovasi dan pengembangan perniagaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment