My Add

Tuesday 9 July 2013

Khidmat Internet di Kelantan tak diabai

Oleh HUSSAINI AMRAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan aspek penyediaan perkhidmatan Internet di Kelantan walaupun negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, perluasan liputan perkhidmatan Unifi telah dimulakan di negeri itu dengan sambungan teras protokol internet (IP) yang siap dipasang selain menaik menaik taraf ibu sawat di Kota Bharu hujung tahun ini.

"Jalur lebar talian tetap talian pelanggan digital asimetri (ADSL)/Streamyx disediakan di kawasan utama di Kelantan dengan kelajuan sehingga 4 megabait per saat (Mbps) selain Pusat Internet 1Malaysia dan Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia di luar bandar serta pedalaman,"katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment