My Add

Sunday 21 July 2013

Polemik harga ayam RM7.70 sekilogram

KUALA LUMPUR, SABTU, 20 Julai, 2013: Penetapan harga ayam standard pada RM7.70 sekilogram menimbulkan polemik dalam kalangan pengguna dan peniaga di seluruh negara apabila mereka memberikan pendapat berbeza tentang kadar tersebut.

Tinjauan Mingguan Malaysia di pasar sekitar Kuala Terengganu mendapati rata-rata peniaga menjual harga ayam pada RM9 sekilogram dan ketika ditanya, mereka tidak pasti sama ada mahu mengikut harga yang ditetapkan tersebut nanti.

Menurut peniaga, Hasan Muda, 50, harga yang ditetapkan kerajaan tidak adil kepada peniaga yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan dan mengakibatkan kerugian kerana mereka yang memperoleh bekalan ayam hidup dengan harga sekitar RM6 hingga RM6.50 sekilogram.

"Saya tidak pasti lagi mahu ikut harga itu (RM7.70) atau tidak tetapi sekali fikir baik tutup kedai sahaja kalau kena jual dengan harga itu, kalau jual mahal kena tindakan pula.

"Kita sebagai peniaga serba salah, padahal harga dari ladang sudah mahal, sepatutnya mereka (pembekal) dahulu yang dikenakan tindakan," jelasnya dalam nada kecewa ketika ditemui hari ini.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek mengumumkan penetapan harga ayam standard yang akan dilaksanakan dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini selama 17 hari bermula 26 Julai ini.

Peniaga yang didapati ingkar boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, manakala bagi syarikat pula dikenakan denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.

Di Melaka, seorang lagi peniaga, Jamel Jani, 50, berkata, sejak harga ayam di pasaran naik, pendapatan peniaga ayam turut terjejas.

"Ramai peniaga kedai makan serta pembeli tidak mahu membeli ayam kerana tidak mahu menanggung kerugian, inilah masalah yang sering dihadapi oleh peniaga setiap kali menjelang perayaan dan cuti persekolahan.

"Bagaimanapun, langkah kerajaan meletakkan kadar RM7.70 sekilogram ayam amat baik, namun bagi saya, masih tinggi bagi pembeli," katanya.

Di Johor Bahru, para peniaga ayam mengakui sedia menurunkan harga ayam standard daripada RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram seperti yang ditetapkan, namun mahu penurunan tersebut turut melibatkan peringkat ladang dan pembekal bahan makanan tersebut.

Menurut salah seorang daripada mereka, Mohd. Razif Muhamood, 30, kini pihaknya menjual ayam pada harga RM7.80 sekilogram berbanding semasa awal Ramadan yang menyaksikan harganya mencecah RM8 sekilogram.

"Ini bermakna harga yang kami tawarkan masih murah jika dibandingkan dengan premis-premis lain yang mencecah kepada RM8.60 sekilogram," ujarnya.

Di Pulau Pinang, seorang pengguna, Rosli Rashid, 43, yang bekerja sebagai kerani berkata, harga yang diumumkan tidak begitu membebankan berbanding sebelum ini.

"Pada masa sama, saya berharap pemantauan diadakan secara berterusan bagi memastikan peniaga menjual pada harga yang ditetapkan. Bagi saya harga yang diumumkan semalam mengurangkan sedikit beban pengguna tetapi kalau boleh, mahu diturunkan lagi," katanya.

Bagi suri rumah, Faizah Fadzil, 32, beliau gembira dengan pengumuman semalam kerana keluarganya merupakan penggemar ayam.

"Ketika harga mencecah RM8.50 hingga RM9.00 sekilogram, saya memang rasa terbeban ketika membeli, namun terpaksa juga walaupun harga mahal.

"Saya gembira, namun harap harga dapat diturunkan sedikit lagi kerana menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti, saya memerlukan ayam dalam jumlah yang banyak untuk dimasak," katanya. - UTUSAN 

2 comments:

  1. BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
    Feyilfatma nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat Saya mahu menggunakan
    Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan yang lalu saya dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya pakai. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
    Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

    ReplyDelete
  2. e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663

    email:::::::hafizulbin365@gmail.com
    Name::::Hafizul Bin Haziq
    Country:::Malaysia

    Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785k yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440k telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

    Country::::::Malaysia
    Name::::::::Hafizul Bin Haziq
    email::hafizulbin365@gmail.com
    Telephone Number:[+60]1123759663
    WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
    e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

    ReplyDelete