My Add

Monday 15 July 2013

Polis terima laporan kes bakar bendera parti

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

BESUT, ISNIN, 15 Julai, 2013: Polis menerima laporan masing-masing mengenai kejadian sehelai bendera Barisan Nasional (BN) dan Pas dibakar di bulatan Kampung Lampu di sini awal pagi ini.

Laporan itu dibuat pada pukul 5.50 pagi melibatkan sehelai bendera BN dan sehelai bendera Pas yang ditempatkan dalam bulatan tersebut.

Bagaimanapun, polis menyifatkan kes ini terpencil kerana tiada ancaman keselamatan dan suasana masih tenang.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kejadian ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

"Polis menasihatkan para penyokong parti supaya tidak menimbulkan provokasi terhadap penyokong parti lain serta jangan sesekali merosakkan, membakar atau menurunkan bendera parti lain," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment